Video Kereta Myvi Diseret Treler Jadi Viral.

Klang – Satu rakaman video berdurasi 45 saat memaparkan sebuah Produa Myvi diseret sejauh kira-kira 100 meter oleh treler membawa muatan berat mula tersebar di media sosial.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku di persimpangan keluar daripada Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) menuju ke Jalan Air Panas, berhampiran Sekolah Menengah Tinggi Setapak.

Tidak diketahui apakah punca sebenar kejadian, namun ia berkemungkinan disebabkan masalah pada sistem brek treler berkenaan, ditambah pula dengan penggunaan lampu kecemasan bagi menandakan situasi yang dihadapi.

Myvi dengan nombar plat WB 2805 Y itu diseret secara melintang dan tidak dapat dipastikan sama ada ia mempunyai pamandu ketika kejadian.

 Apa pun, sama ada masalah brek ataupun kerosakkan enjin, apa yang pasti pemandu lori berkenaan mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang akibat kecuaian yang tidak disengajakan. – Mynewshub

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.