Video Lawak Nabil Pada Elly Mazlien Di Kencam Netizen
Bukan kali pertama mahu pun kali kedua, pengacara dan juga
pelawak Nabil Ahmad nampaknya kini sekali lagi menarik minat orang ramai
apabila dikatakan berlawak tidak kena pada tempatnya.
Perkara tersebut dilakukan Nabil sewaktu mengacara program
realiti Gegar Vaganza.
Dalam siaran tersebut, Nabil telah mengeluarkan kenyataan –
Macam ni punya cantik pun berpisah jua, yang ditujukan kepada Elly Mazlein
selepas selesai persembahan.
Seperti mana yang mana kita tahu, Elly sedang berusaha dalam
mendapatkan semangat baru selepas sahaja bercerai dengan bekas suaminya, Azmi
Hatta.
Nyata lawak yang diucapkan Nabil tersebut mengundang
pelbagai persepsi berbeza di kalangan warga laman sosial.
Ada yang menyifatkan lawak Nabil terlalu biadap selain
dicemuh kerana tidak pandai menghormati perasaan orang lain.
Bagaimanapun, Elly Mazlein ketika itu dilihat bijak mengawal
suasana dan kami rasakan penyanyi wanita itu sudah cukup kuat untuk berhadapan
dengan situasi tersebut.
Sementara itu, pastinya Nabil pun ada jawapan tersendiri –
sudah termaktub dalam kontrak mungkin lawak sedemikian.
Apa pun, insiden tersebut dalam masa yang sama sebenarnya
turut membuatkan orang ramai tidak berhenti bercakap mengenai program tersebut.
Setinggi mana kebencian orang ramai terhadap jenaka Nabil
pun, mereka akan terus menonton sehingga final, sama seperti dua musim sebelum
ini.- Siakap keli
Ulasan
Catat Ulasan