Video Lepas Bertengkar Dengan JPJ, Lelaki Ini Patah 8 Gigi.

Lapan gigi palsu milik salah seorang lelaki yang videonya bertengkar dengan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) viral, patah terkena palang automatik di Plaza Tol Jawi, di sini, sejurus kejadian, Sabtu lalu.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, lelaki berusia 66 tahun yang juga pesara, turun dari kereta dipandunya untuk mendapatkan kad pengenalannya yang diambil pegawai JPJ ketika dia ditahan di Kilometer 157 Lebuhraya PLUS arah selatan, di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Shafee Abd Samad berkata, selepas pegawai JPJ mengambil kad pengenalannya lelaki itu diarahkan ke balai polis berhampiran.

"Sebaik tiba di laluan tol Plaza Tol Jawi, lelaki itu turun ke kenderaan dinaiki pegawai JPJ untuk mengambil kad pengenalannya bagi membayar tol kerana ia dilengkapi Touch ‘n Go.

"Permintaannya tidak dilayan sebelum palang automatik laluan berkenaan turun dan terkena mulutnya menyebabkan lapan gigi palsunya patah," katanya.

Menurutnya, pemandu itu ditahan JPJ kerana mengeluarkan kepala melalui tingkap kereta dan mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya.

Katanya, pertengkaran itu tiada kaitan dengan penganjuran program Santai Anak Utara 4.0 di Batu Kawan seperti yang disebarkan pihak tertentu.

“Pemandu serta tiga penumpang kereta itu ditahan dan diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya. 

Berdasarkan klip video berdurasi lebih dua minit bertarikh 1 Oktober lalu itu, beberapa pegawai JPJ lengkap beruniform dilihat ditengking beberapa lelaki serta ditolak di tengah laluan lebuh raya sebelum cuba ditenangkan orang ramai yang berada di situ.-Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.