Video Malu Muka Saya Rampas Mikrofon - Dato Vida Sudah Bosan Sikap Astro
USAHAWAN produk kecantikan dan kesihatan, Qu Puteh, Datuk
Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mengakui berasa
bosan dengan tindakan Astro yang tidak mahu memberikannya mikrofon dalam
program tajaannya iaitu Gegarvaganza musim ketiga (GV3)
Bagi yang melihat konsert pengenalan GV3 Ahad lalu, pasti
perasan kelibat Vida yang sentiasa berebutkan mikrofon daripada krew produksi
selain daripada pasangan hos GV3, Jihan Muse dan Nabil Ahmad.
Mengulas mengenai hal itu, Vida berkata, “Saya rasa sudah
bosan dengan Astro yang tidak mahu beri saya peluang untuk memegang mikrofon.
Saya terpaksa malu muka untuk merampas mikrofon daripada mereka.”
“Bukan hanya rancangan GV3 saja, malah rancangan lain juga
sama.
“Pihak Astro selalu menyekat saya daripada memegang mikrofon
sedangkan saya sudah menaja program mereka. Saya hanya mahu beberapa minit
saja, bukannya lama.
“Kalau mahu harapkan iklan saja, mana cukup kerana cara saya
lebih suka mempromosikan sendiri produk. Sepatutnya saya juga mempunyai hak untuk
bercakap sama ada mengenai produk atau rancangan televisyen terbabit,” katanya
dipetik Berita Harian.
Selain Qu Puteh, GV3 kali ini turut ditaja syarikat besar
lain seperti KFC, Digi dan Adabi.- Berita Premium
Ulasan
Catat Ulasan