Video Pekerja Wanita Dipaksa Cium Pegawai Atasan Setiap Pagi.

Sanggupkah anda bekerja dengan majikan yang mewajibkan anda mencium pegawai atasan setiap pagi sebelum memulakan kerja?

Namun itulah peraturan sebuah syarikat menjual peralatan membuat minuman di Beijing kononnya bagi mengeratkan hubungan antara pekerja dengan pegawai atasan.

Menurut shanghaiist.com, setiap pagi kakitangan wanita perlu berbaris dan mencium ketua mereka sebelum mula bekerja dan video serta gambar kejadian itu kini menjadi viral di media sosial China.

Ramai hairan bagaimana pekerja wanita terbabit masih boleh terus bekerja dengan syarat memalukan itu.

Namun tidak laporan itu tidak pula menyatakan sama ada syarikat berkenaan mempunyai pekerja lelaki yang jika ada, sepatutnya juga perlu mencium pegawai atasan lelaki.

“Bagaimana mereka boleh menerima syarat itu? Teman lelaki atau suami mereka tahu atau tidak?” tulis seorang pengguna Weibo (Twitter versi China).

Menurut laporan Souhu, ramai pekerja wanita pada mulanya keberatan namun akhirnya akur. Dua pekerja yang membantah, berhenti kerja.

Seorang pengurus syarikat berkenaan mendakwa, amalan itu yang ideanya diperolehi ketika melawat sebuah syarikat di Amerika Syarikat, membantu mengeratkan hubungan antara pekerja dengan pegawai atasan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.