Video Pelajar Dipukul Kerana Dapat Markah Tinggi.

Polis menahan dua pelajar dituduh memukul berulang kali rakan sekelasnya hanya kerana mendapat markah tinggi selepas video tersebut viral.

Pelajar berusia 16 tahun dari kasta terendah Dalit itu mengeluarkan surat kepada rangkaian televisyen nasional merayu menghentikan keganasan selepas videonya ditumbuk dan ditendang di dalam kelas menjadi berita utama.

Mangsa berkata, dia dipukul setiap hari selama dua tahun.

Pihak Polis India berkata, pihaknya mengambil tindakan selepas meneliti video berkenaan yang dirakam pelajar lain dan dimuat naik dalam talian.

Dalam rakaman video berkenaan yang dirakam di sebuah sekolah kerajaan di sini, mangsa dipukul, ditedang dan ditampar.

Pengawai penyiasat, Babban Baitha berkata, pelajar itu diseksa sejak sekian lama.

"Kami meneliti video dimana ia direkod atas arahan penyerang dan kesemua pelajar tersebut kena ditahan reman," katanya dipetik Sinar Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.