Video Pencuri Kantoi Sembunyi Dalam Mesin Basuh Pinggan.
Tindakan seorang pencuri untuk menyembunyikan diri
gagal selepas polis berjaya menemuinya dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
Polis menyerbu sebuah rumah di Glogow, barat daya Poland,
selepas mendapat maklumat lelaki berusia 30 tahun yang dikehendaki kerana satu
kes curi berada di rumah berkenaan.
Dia tidak membuka pintu apabila polis tiba di premis itu,
lapor akhbar Gazeta Lubuska.
Sebaliknya, lelaki berkenaan melompat ke tingkat bawah rumah
itu dan bersembunyi di dalam mesin pasuh pinggan.
Video yang viral menunjukkan polis membuka beberapa almari
di dapur yang gelap, sebelum mereka membuka mesin membasuh pinggan dan menemui
lelaki itu di dalamnya.
Polis berkata, lelaki itu mabuk ketika ditangkap.
Ini bukan kali pertama mesin basuh pinggan mangkuk menjadi
tempat persembunyian.
April lalu, seorang banduan melarikan diri ketika dirawat di
sebuah hospital di Texas, Amerika Syarikat.
Setelah puas mencarinya, polis akhirnya menemui lelaki
berkenaan dalam mesin basuh pinggan di apartmen teman wanitanya. - Harian Metro
Ulasan
Catat Ulasan