Video Peragut Kejam Yang Melanggar Kepala Mangsa Sebelum Meragut Telah Ditahan.

Lelaki diberkas polis, hari ini dipercayai terbabit kes langgar dan ragut di Pekan Kapar, di sini pada 20 Oktober lalu .

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan bersama adik lelakinya berusia 28 tahun di rumah di Rantau Panjang, Klang kira-kira 2 pagi tadi.

Menurutya, polis turut menjumpai motosikal dan topi keledar dipercayai digunakan ketika kejadian ragut berkenaan serta beberapa barang peribadi milik mangsa di dalam rumah suspek.

“Pemeriksaan ujian air kencing suspek positif dadah jenis morfin. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan ketika melakukan samun.

“Kedua-dua beradik berkenaan kini direman sehingga siasatan selesai dan orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang 20 Oktober lalu, wanita berusia 56 tahun sedang berjalan balik ke rumah dari Klinik Kesihatan Kapar melalui satu lorong di belakang deretan kedai di pekan Kapar sebelum didatangi motosikal dinaiki lelaki yang cuba meragut beg tangan mangsa.

Kejadian itu mengakibatkan wanita itu jatuh tertiarap, dan oleh kerana suspek gagal meragut beg tangan mangsa, suspek berpatah balik lalu melanggar mangsa dan mengambil beg tangan mangsa sebelum melarikan diri.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi, hidung, jari dan lutut namun berada dalam keadaan stabil.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi, hidung, jari dan lutut namun berada dalam keadaan stabil. – Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.