Video Peserta BERSIH 5 Diterajang Dengan Gang Baju Merah.

Seorang peserta konvoi BERSIH 5 telah diserang oleh sekumpulan peserta Gerakan Baju Merah di Sabak Bernam.

Beliau yang menunggang motosikal berkuasa tinggi memakai baju BERSIH 5 telah dikepung oleh kumpulan tersebut yang kemudiannya bertindak ganas.

Mereka pada mulanya menolak motosikal lelaki itu dan kemudiannya seorang peserta Baju Merah menendang lalu mereka melemparkan objek seperti botol dan telur ayam ke arahnya.

Polis menjelaskan bahawa lelaki yang diserang itu mahu pulang ke rumah dan telah mengambil laluan yang diduduki oleh kumpulan Baju Merah.

Semalam, seorang pemimpin Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah memberi amaran untuk menyekat konvoi BERSIH bagi memasuki Selangor.

Katanya, sekatan itu akan dibuat atas alasan bagi menghormati hari pemasyhuran Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai raja muda Selangor.

“Tetapi apabila mereka melintasi (sempadan Selangor), tidak menghormati hari pemasyhuran, kita tidak akan teragak-agak untuk menghalang puak-puak mengarut ini daripada terus berjalan di negeri Selangor.

“Cukuplah BERSIH, kita akan jumpa anda di tiga tempat yang anda nyatakan, iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjung Karang. “Kita tunggu anda di sana,” katanya seperti dilaporkan KiniTV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.