Video Polis Tampar wartawan Wanita Sedang Membuat Laporan
Dalam satu kejadian mengejutkan, seorang pegawai polis menampar wartawan wanita saluran berita swasta ketika mangsa membuat
laporan di Karachi.
Video itu menjadi viral di media sosial sejak kejadian itu.
Wartawan saluran berita K-21, Saima Kanwal, membuat liputan
secara langsung mengenai masalah yang dihadapi orang ramai di pusat pendaftaran
Nadra di Karachi apabila unit Konstabel Sempadan Pakistan menampar mukanya.
Kakitangan unit itu, pada mulanya cuba menghalang Kanwal
daripada memasuki premis pejabat pendaftaran itu dan kemudian cuba menghalang
jurukamera daripada mengambil rakaman video kawasan pejabat.
Ketika itu, Kanwal mula bertanya soalan kepada pengawal
keselamatan mengenai mengapa mereka bersikap biadap terhadap seorang wanita
yang ada di pejabat itu apabila tiba-tiba beliau ditampar dengan kuat.
Anggota berkenaan turut melepaskan tembakan ke udara.
Video itu segera menjadi viral. Kes sudah dilaporkan kepada
polis.
Pejabat pendaftaran Nadra juga membuat laporan terhadap
saluran berita itu kerana mencetuskan halangan terhadap kerja rasmi mereka.
Ulasan
Catat Ulasan