Video Pramugari AirAsia Buat Lawak Jadi Viral.

Satu rakaman video penerangan keselamatan dalam pesawat AirAsia Indonesia mengundang tawa penumpang apabila pramugara yang membuat pengumuman itu menyelitkan lawak jenaka

Berikut transkrip pengumuman berkenaan.

Pramugara: “Jaket keselamatan berada dibawah tempat duduk anda, sekali lagi di bawah tempat duduk, bukannya seluar dalam (underwear).

Pramugara: Masukkan menerusi kepala seperti ini dan klipkan pada tali bahagian pinggang.. krottt... krott... krott.. tight... tight... tight (ketat).

Pramugara: Ketika di pintu keluar sebelum meninggalkan pesawat, sila tarik tali ini untuk mengembungkan jaket keselamatan. Jangan kembungkan jaket keselamatan sehingga anda berada di pintu keluar kerana ia akan menyebabkan proses pemindahan menjadi perlahan.

Pramugara: Jaket keselamatan ini mempunyai dua wisel tiup, bukan wisel sedut. Tiupkan seperti ini untuk menambah angin dalam pelampung.

Pramugara: Lampu ini akan menyala jika terendam dalam air, jika lampu tidak menyala sila periksa bil elektrik anda.

Pramugara: Peluncur berada di semua pintu kecemasan, sila perhatikan lokasi pintu dan tingkap di pesawat ini. Pintu kecemasan terdekat mungkin di belakang anda, sekarang ia ditunjukkan.

Pramugara: Jika melakukan pendaratan di air, jaket keselamatan berada di semua pintu kecemasan kecuali tingkap kecemasan. Sekali lagi kecuali tingkap kecemasan.

Pramugara: Semasa pemindahan tinggalkan barang-barang anda, handphone anda, Blackberry anda, Iphone dan Ipad anda. 'During evacuation leave your hand luggage and smartphones and do not leave your pants'.

Pramugara: Jika ada asap, sila bergerak mengikut lampu kecemasan pada laluan untuk ke pintu kecemasan yang terdekat.

Pramugara: Kad penunjuk keselamatan ada di poket kerusi anda, mohon baca dengan selamat, versi gambar saya akan keluar bulan depan.

Pramugara: Anda dilarang merokok di dalam tandas kerana ia akan mengaktifkan penggera keselamatan. Dan ingat, merokok menyebabkan mati pucuk.

Pramugara: Terima kasih atas perhatian anda dan berikan tepukan kepada pramugari kami.”

Video berdurasi 3 minit 50 saat yang dimuatnaik laman Facebook Viral Indonesia pada 24 September itu turut mendapat perhatian pelayar FB menerusi ruangan komen.

Aqsal Ramadhan berkata, jurucakap itu membuat jenaka untuk mendapatkan perhatian penumpang manakala Rusflah Ainul Qirab mencadangkan agar pramugara berkenaan.-Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.