Wanita Paling Ramai Sengsara Dalam Tuntutan Nafkah

Kaum Hawa di negara ini paling ramai mengalami kesengsaraan ketika berdepan tuntutan keadilan di mahkamah. 

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syarie Malaysia (JKSM), Tan Sri Ibrahim Lembut, berkata kajian menunjukkan wanita bukan sahaja perlu berurusan di mahkamah khususnya Mahkamah Syariah untuk menuntut keadilan, tetapi juga terpaksa menjaga anak-anak. 

"Pada saat kita mementingkan agenda sosial dan pembangunan keluarga yang kukuh sebagai teras pembangunan negara, kehidupan yang tidak mengamalkan konsep keadilan serta muafakat pula boleh membawa keruntuhan institusi kekeluargaan," katanya. 

Program dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. 

Siri program berkenaan diadakan di seluruh negara bertujuan menyebarkan maklumat berkaitan perkhidmatan kes Mahkamah Syariah seperti tuntutan nafkah, isu hartanah, bantuan sokongan keluarga dan khidmat bantuan guaman. 

Ibrahim yang juga Ketua Hakim Syarie, berkata Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) diwujudkan pada 2010 bertujuan membantu wanita khususnya isteri membuat tuntutan nafkah di mahkamah. 

"Sebelum ini, banyak berlaku tunggakan kes penguatkuasaan perintah nafkah, namun dengan adanya bahagian khas ini, kes berkenaan semakin berkurangan," katanya. 

Beliau berkata, dalam menjalani kehidupan berkeluarga, setiap ahli keluarga mempunyai peranan dan hak masing-masing yang perlu difahami dengan jelas.-Berita Harian Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.