4 Gambar Ngeri Gadis Mati Ditetak Kawan Lelaki Dikenalinya
Johor Bahru – Wanita berusia 23 tahun maut ditetak seorang
lelaki dikenalinya di tepi jalan sebuah kawasan perumahan di Taman Scientex
dekat Pasir Gudang, tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, mangsa, V Dunga
Devi, yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Changi,
Singapura, berada di hadapan pintu pagar rumah rakannya sebelum didatangi suspek
lelaki yang dikenalinya.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz
berkata, mangsa tiba-tiba didatangi suspek yang bersenjatakan parang dan terus
menyerang mangsa menyebabkannya maut di tempat kejadian.
“Mangsa maut akibat kecederaan parah akibat ditetak dengan
parang oleh suspek di bahagian kepala, leher dan kedua-dua belah tangan.
“Terdapat beberapa orang saksi yang melihat kejadian itu
tetapi tidak sempat untuk berbuat apa-apa bagi membantu mangsa,” katanya.
Beliau berkata, suspek kemudian lari dan menghilangkan diri
dengan menunggang sebuah motorsikal jenis Yamaha 125ZR sejurus kejadian itu.
Katanya, setakat ini pihaknya tidak menolak kemungkinan
kejadian itu berlaku bermotifkan dendam atau cemburu membabitkan mangsa dan
suspek.
“Kita sedang giat memburu suspek bagi siasatan lanjut
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Jokhiri memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai
maklumat mengenai suspek untuk tampil membantu siasatan.
“Suspek dikenali sebagai M Siva Sangker berusia 32 tahun dan
bekerja sebagai pemandu bas kilang ke Singapura.
“Alamat rumah terakhirnya adalah di Flat Tasek, Bandar Seri
Alam,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan