Anak Derhaka Ugut, Cedera Bapa Kandung Dipenjara 10 Bulan.

Gara-gara mengugut, menumbuk dan mencekik leher bapa kandung, seorang penganggur dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Gara-gara mengugut, menumbuk dan mencekik leher bapa kandung, seorang penganggur dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman itu terhadap Firdaus Jasmi, 26, selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan ketakutan kepada Jasmi Mat Saleh, 58, dengan menunjukkan sebilah parang untuk menakutkan bapanya yang merupakan seorang pesara.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Blok 205-2-17, Flat Sentul Utama, di sini, pada 10.05 malam, 14 Sept lepas, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian mangsa menegur tertuduh kerana telah mengambil sepaket daging burger di sebuah kedai di bawah rumah mereka tanpa membuat sebarang pembayaran.

Tertuduh yang tidak puas hati telah mengamuk dan mencacakkan sebilah parang ke pintu bilik bapanya lalu bertindak menumbuk serta mencekik leher mangsa.

Mangsa yang terkejut dengan tindakan anaknya itu terus berlari keluar dari rumah dan membuat laporan polis.

Tertuduh juga dihukum penjara empat bulan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja kepada bapanya, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap Firdaus yang mengaku bersalah dengan sengaja melakukan khianat dengan  merosakkan sebuah televisyen milik bapanya mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani ketiga-tiga hukuman itu secara serentak dari tarikh dia ditangkap pada 15 September lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,465,Artis Dalam Negara,106,Artis Luar Negara,50,Berita Menarik,1293,Berita Semasa,1678,Binatang,13,Cabul,11,Curang,20,Dera,19,Gaduh,15,Gambar,30,Islam,128,Kantoi Luar Negara,53,Kecuaian,4,Kejam,79,Kemalangan,25,Kes Bunuh,67,Kes Kantoi,533,Kes Rogol,409,Kesihatan,99,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1419,Makanan,10,Maksiat,18,Marah,7,Movie,5,Movie Trailer,4,Penipuan,4,Perang,6,Politik,245,Politik Dalam Negara,50,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,44,Rogol Dalam Negara,32,Rogol Luar Negara,35,Rompak,5,Rumah Tangga,387,Samseng,6,Samun,5,Sedih,20,Selebriti,8,Seram,8,Sesat,1,Sukan,156,Sukan Dalam Negara,17,Sukan Luar Negara,18,Sumbang Mahram,6,Video,706,Video Dalam Negara,88,Video Kantoi,47,Video Luar Negara,124,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Anak Derhaka Ugut, Cedera Bapa Kandung Dipenjara 10 Bulan.
Anak Derhaka Ugut, Cedera Bapa Kandung Dipenjara 10 Bulan.
Gara-gara mengugut, menumbuk dan mencekik leher bapa kandung, seorang penganggur dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
https://4.bp.blogspot.com/-GU1-go0UPL8/WBxvOzCDqHI/AAAAAAAAT4c/9fPC6Ztnj38XcwOUcvUUbyGQgtdhir2gQCLcB/s320/1.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-GU1-go0UPL8/WBxvOzCDqHI/AAAAAAAAT4c/9fPC6Ztnj38XcwOUcvUUbyGQgtdhir2gQCLcB/s72-c/1.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/11/anak-derhaka-ugut-cedera-bapa-kandung.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/11/anak-derhaka-ugut-cedera-bapa-kandung.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy