Anda Perlu Tahu Akan Bahayanya Memberi Air Minum Kepada Mangsa Kemalangan.

Kenapa kita tidak di galakkan memberi air minuman kepada mangsa kemalangan? Bila seseorang terlibat dalam kemalangan tentu banyak anggota badan yang akan merasa sakit impak daripada hentakan yang berlaku.

Sama halnya dengan menolong dan mengalihkan mangsa kemalangan dalam keadaan tertentu, seperti patah tengkuk, kaki dan tangan, kita sebenarnya tidak di galakkan melakukan apa-apa tindakan dalam situasi ini kecuali memaklumkan kejadian tersebut pada pihak yang berwajib.

Nampak kejam dan tidak berperikemanusiaan, tapi tahukah anda kecederaan yang mangsa alami?

Mungkin mangsa cedera ditengkuk yang kalau tersalah angkat akan lebih memudaratkan keadaan mangsa, elok-elok mangsa hanya patah tulang rusuk, tapi dengan cara kita yang mengangkat mangsa yang salah boleh mengakibatkan fatal kepada jantung dan lain-lain.

Begitu jugalah dengan memberi mangsa kemalangan air minum, kebanyakkan mangsa kemalangan akan meminta air untuk minum, dan sudah pasti orang yang perihatin akan memberikannya konon membantu mangsa kemalangan.

Untuk pengetahuan umum dalam situasi mangsa kemalangan, jantung mereka akan berdegup dengan kuat, malah nadi pun akan turut serta, bila ada orang yang memberikan air pada mangsa dan mangsa minum dalam keadaan jantung berdengup kuat, ia boleh memberi impak tidak baik kepada mangsa.

Bahkan boleh menjadi lebih teruk seandainya mangsa mengalami kecederaan dalaman, ia boleh menyebabkan mangsa memuntahkan balik air minuman dan memasuki paru-paru hingga menyebabkan jangkitan kuman.

Seperti dalam satu pengalaman yang di petik dari portal Ceritaenjoy, beliau berkata isterinya terlibat dalam satu kemalangan dan meminta air tetapi beliau tidak bagi.

Bila Dr melakukan X-tray, usus perut isterinya terkoyak dan berlubang dengan 3 bahagian, dimana setiap bahagian mengeluarkan makanan dalam setiap lubang, anda sendiri mungkin boleh bayangkan kalau ketika itu beliau memberi air minum kepada isterinya di hari kemalangan.

Ada beberapa negara di dunia ini yang melarang orang awam untuk menolong mangsa kemalangan, termasuk china yang paling dikenali, selain harus bertanggungjawab kepada mangsa, virus penyakit berjangkit juga berperanan penting kepada wujudnya undang-undang ini, contohnya HIV yang berjangkit dengan sentuhan darah.

Akhir sekali jika anda merasa tidak memiliki pengalaman apa-apa dalam perubatan terutamanya dalam situasi kemalangan tertentu, cubalah dengan cara lain seperti menghubungi pihak yang berwajib ataupun ahli keluarga mangsa.

Info tambahan:

Kepada ibu bapa yang memiliki anak lasak, juga di anjurkan untuk tidak memberi anak anda terus minum air selepas mereka melakukan aktiviti lasak, sebaiknya suruh mereka berehat sekejab sebelum minum untuk menurunkan degupan jantung dan nadi.

Kerana hal ini boleh mengakibatkan kanak-kanak muntah dan kesannya kepada paru-paru. Disyorkan oleh doktor pakar.-Eberita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.