Baju Merah Berhimpun Di Pejabat Tun Dr Mahathir.

Sekumpulan penyokong Baju Merah hari ini berkumpul di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya selepas mendakwa mendapat maklumat beberapa NGO bermesyuarat di situ hari ini.

Mesyuarat itu, dakwa mereka, membincangkan cara untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, anggota jawatankuasa Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) Abu Bakar Yahya ketika bertemu kumpulan itu menafikannya.

Beliau sebaliknya berkata mesyuarat hari ini hanya melibatkan sukarelawan mereka daripada Kelantan dan Terengganu.

Pemimpin mereka Datuk Seri Jamal Md Yunos bagaimanapun tidak hadir dalam himpunan itu.

Pengkritik lantang Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi presiden kehormat yayasan itu.
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.