Benda Itu Ada Duduk Dekat Belakang Cikgu, Budak Istimewa.

Kisah seram ini benar-benar berlaku dan kenyataan itu merupakan apa yang dialami oleh seorang cikgu bernama Katrina. Pernahkan anda mendengar “pendamping”, ada sesetengah orang percaya manakala sesetengah orang pula tidak percaya, namun beliau berkata dia percaya sebab ianya terjadi didepan matanya sendiri.

Kejadian ini berlaku beberapa tahun lepas ketika beliau menjadi cikgu sementara di sekolah area Taiping selepas menghabiskan pengajiannya, dari sinilah kisahnya bermula dimana cikgu ini dikatakan memiliki murid OKU yang juga merupakan anak jirannya yang memiliki pendamping.

Masa itu sekitar tahun 2009. Aku baru habis diploma dekat UiTM. Jadi lepas habis diploma, tak tahu nak kerja apa. Konon nak rehat dulu tak nak kerja lagi. Tapi mak aku offer kerja jadi cikgu sementara dekat sekolah area Taiping. Masa itu aku duduk dekat Taiping. Mak aku kerja dekat Pejabat Pelajaran Taiping masa itu. Beliaulah yang menghantarkan resume aku semua. Jadi, bekerjalah aku dekat sekolah rendah di kawasan Taiping sebagai cikgu sementara selama 6 bulan.

Aku ditempatkan di kelas pendidikan khas. Ajar budak-budak istimewalah maknanya. Seronok walaupun mencabar. Nak dijadikan cerita, dalam kelas yang aku mengajar ini ada anak jiran rumah aku sekali dalam kelas itu. Dia budak lelaki umur masa itu 9 tahun macam itulah. Dia budak disleksia. Jadi dia macam keliru-keliru sikit peelnya. Aku kenal mak ayah dia sebab jiran aku. Kisah mistik bermula dari budak inilah yang aku gelarkan dia Angah.

Disebabkan mak Angah ini tahu aku mengajar dekat kelas anak dia, mak dia akan suruh aku bawa balik Angah ini bila masa habis sekolah. Aku ok saja sebab rumah kita orang sebelah-sebelah saja. Memang rutin aku bawa balik Angah ke rumah. Pergi sekolah dia naik van.

Suatu hari itu, aku lepak dengan cikgu-cikgu dalam bilik guru. Cikgu-cikgu khas inilah. Ada seorang cikgu ini buka cerita pasal Angah. Yang mengatakan Angah ini suka bercakap seorang diri. Macam halusinasi nak di katakan. Memang aku pun perasan. Walau dekat rumah pun aku selalu nampak dia main sorang-sorang, cakap sorang-sorang tapi gaya macam bercakap dengan kawan pula. Aku pernah tanya, dia cakap yang dia sedang bercakap dengan kawan dia. Aku geleng kepala sajalah sebab faham situasi dia yang istimewa itu. Mungkin dia cuma berada dalam dunia khayalan rekaannya sendiri.

Rupanya bila diselidik, dia mengaku ‘kawan’ dia itu memang ada dengan dia pada setiap masa. Cikgu-cikgu pun risiklah benda itu dengan Angah. Angah ini pun dengan bersahaja cerita pasal ‘kawan’ dia itu. Dia kata kawan dia itu lelaki nama Lung, tinggi, dan memakai pakaian baju putih seluar hitam. Manakala wajahnya putih saja dan bersuara nyaring. Itu semua merupakan ciri-ciri Lung yang Angah ceritakan. Cikgu-cikgu dan aku yang dengar macam kata memang budak ini imagine saja ini.

Lepas itu ada seorang cikgu lelaki nama dia Cikgu Azmi. Cikgu ini boleh baca ayat buka hijab itu. Jadi dia nak kepastian cerita si Angah ini betul, dia pun cubalah baca ayat itu dan nah ambil kau ! Memang cikgu Azmi ini nampak sebiji Lung yang macam Angah describe itu. Cikgu Azmi itu datang dekat kita orang dan tunjukkan tangan dia yang tegak bulu- bulu roma semua sebab dia boleh nampak Lung itu. Jadi memang Angah ini tak berkhayal ke apa. Memang real benda macam ini wujud.

Aku bila dapat tahu macam itu, cuaklah. Sebab Angah ini balik rumah dengan aku. Uwaaa! Nak nangis rasa. Sebab aku dah tahu ada benda ghaib macam ini dekat sekeliling aku. Memang sesiapa pun tak boleh nak elak rasa takut itu.

Si Angah ini pula bila dia tahu orang tahu pasal Lung, dia dah tak kisah kalau orang tanya-tanya. Kadang cikgu-cikgu pun sukalah sangat tanya dia, “Angah, kawan hang mana?” Selamber juga si Angah ini jawab, “Tu ada dekat tandas”. Ok… benda macam itu memang duduknya dekat tandas.

Masa aku nak balik, Angah pun ikutlahkan. Dalam kereta, dalam rasa cuak-cuak itu aku tanya Angah, kawan dia ada tak. Dia jawab ada dekat belakang. Aku sengih saja tengok side mirror. Tapi sudah tentulah aku tak nampak apa-apa kan. Patutlah selama ini aku perasan, Angah ini perangai dia bila nak masuk kereta aku, dia buka pintu dan dia hold pintu itu kejap. Lama sikit baru dia masuk. Rupanya dia bagi Lung itu masuk kereta aku dulu. Selama 6 bulan aku bawa Lung itu juga naik kereta aku.

Aku ambil keputusan nak tanya hal ini dekat mak si Angah. Mak dia pun bagitahulah aku yang memang betul Angah ini memang ada kawan yakni pendamping itu. Si Lung itulah. Mak dia pernah berubatkan si Angah untuk buangkan Lung itu. Tapi Angah pulak sakit teruk masa Lung tak ada. Jadi, Lung itu datang balik untuk berdamping kembali bersama Angah. Baru Angah itu sembuh. Aku tak tahu macam mana keadaannya. Tapi mak dia cakap, mak dia biarkan saja sebab Lung itu tak pernah apa-apakan Angah selama ini.

Cuma kadang-kadang kalau abang si Angah ini buli Angah, Lung ini akan tolong usik balik abang Angah itu. Macam tak logik kan, tapi memang itulah kenyataannya. Mak dia yang cakap dan abang Angah sendiri pun mengakuinya. Dia orang macam dah lali tapi tak boleh nak buat apa-apa.

Aku yang tahu ini lagilah. Tak duduk diam dekat rumah. Seminggu aku tidur buka lampu sebab takut punya pasal. Nak-nak pula bila Angah kata Lung boleh tembus dinding. Erkkk! Senang saja dia nak tembus dinding rumah jiran aku itu ke dinding rumah aku.

Mak aku pun dapat tahu cerita ini. Mak aku tanya juga dekat Angah kalau Angah itu datang hantar kuih mak dia kirim. (mak dia rajin masak and hantar rumah jiran. Angahlah tukang hantarnya). Mak aku tanya Angah, kawan hang ikut sekali tak? Angah akan jawab, ikut. Ini dekat sebelah. Mak aku telan air liur saja sambil ambil kuih. Lama-lama terbiasa. Cuma kadang-kadang kita orang akan rasa sedikit terganggu bila nampak Angah ini sebab kita tahu, dia ada benda yang mengikut.

Jadi sekarang, aku pun dah tak duduk dekat area situ lagi sejak aku dah kahwin dan ikut suami aku pindah KL. Tapi si Angah still macam dulu dan ada si Lung yang ikut dia. Mak aku cakap, benda macam ini akan ada dengan kita sampai kita kawin. Itu pun kalau dia nak lepaskan kita.

Kalau jenis jin yang cemburu, susah kita nak berjodoh. Moralnya memang ada pendamping ini dengan kita cuma kita tahu dengan tak tahu saja. Iman dan taqwa saja dapat sekat kemaraan benda-benda macam ini.– Cikgu Katrina

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.