Donald Trump Lahir Di Pakistan Dan Berasal Dari Keluarga Islam.

WASHINGTON – Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghabiskan masa bertahun-tahun untuk membuktikan Presiden Barack Obama bukan merupakan rakyat Amerika.

Namun kini ahli perniagaan itu mungkin terpaksa mempertahankan diri apabila timbul dakwaan yang mengatakan beliau merupakan anak yatim dari Pakistan.

Dakwaan tersebut kedengaran mengarut tetapi rangkaian televisyen yang beroperasi di Pakistan, Neo News menampilkan laporan yang mendedahkan Trump sebenarnya lahir di Waziristan pada 1946 dengan dikenali sebagai Dawood Ibrahim Khan.

Laporan itu mendakwa, Trump tinggal di sana sehingga 1955 sebelum dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga dari AS susulan kematian ibu bapanya.

Stesen televisyen itu juga menunjukkan gambar Trump semasa kecil dan mendakwa wakil Parti Republikan tersebut menerima pendidikan di Pakistan semasa zaman kanak-kanak.

Bagaimanapun Neo News mendakwa mereka mendapat laporan itu berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pengguna Twitter.

Kenyataan itu turut mendakwa Trump dilahirkan dalam keluarga Islam.

Namun selepas menyiarkan laporan tersebut, Ne0 News dikecam teruk oleh penduduk tempatan yang mempersoalkan sebuah stesen berita yang bereputasi tinggi boleh mengeluarkan dakwaan sedemikian.

Laporan tersebut dipercayai ada kaitan dengan tindakan Trump menuduh Obama dilahirkan di Kenya walaupun tuduhan itu tidak benar.

Sepanjang kempen pilihan raya Presiden lalu, Trump menggunakan isu tersebut untuk mempersoalkan kredibiliti Obama tetapi kemudiannya mengakui Presiden AS terbabit dilahirkan di Amerika.

Bagaimanapun Trump tidak memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan palsu itu. – Mstar Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.