Guru Kantoi Berlakon Filem Lucah Selepas Disebarkan Oleh Anak Muridnya

Seorang guru dari Rusia terpaksa meletakkan jawatan selepas individu tidak dikenali berkongsi pautan e-mel daripada filem lucahnya kepada murid-murid dan kakitangan tempatnya mengajar.

Svetlana Topol merupakan salah seorang tenaga pengajar di salah sebuah sekolah berprestij di St. Petersburg, namun merahsiakan profesion keduanya itu daripada pengetahuan umum.

Menurut sebuah laman antarabangsa, Topol yang berusia 27 tahun itu dan menerusi pekerjaan ‘kedua’ sebaliknya gemar memegang watak seorang pelajar perempuan dalam filem pornografinya.

“Saya kenal orang-orang yang pernah bekerja dengannya, dia merupakan seorang guru yang ‘jahat’,” kata pengarah filem lucah tempatan, Jack Bob.

“Dia mampu melakukan aksi-aksi yang kebanyakkan aktres seksi lain tidak dapat lakukan dan sangat popular dalam kalangan penonton lelaki,” jelasnya.


Tambah laman itu lagi, Topol yang sudah berkahwin sering menggunakan nama Ariel, Moud dan Christie menerusi filem lakonannya. Malah kegiatannya sebagai pelakon filem lucah turut diketahui suaminya.

Menerusi pendedahan e-mel yang dilakukan individu tidak dikenali itu bahkan turut mendakwa sebahagian filem lucah lakonan Topol yang tersebar itu dirakam pada tahun ini.

Jelas e-mel itu lagi, kebanyakan rakaman filem berkenaan dilakukan di luar negara iaitu Hungary dan Republik Czech dengan bayaran untuk pelakon dewasa sepuluh kali ganda lebih mahal berbanding di Rusia.

Selepas tembelangnya sebagai pelakon lucah terbongkar, Topol difahamkan telah menghantar surat perletakan jawatan dalam tempoh 24 jam.

Kes berkenaan telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan hangat menerusi media sosial dan forum internet tempatan. 


Sesetengah pelayar internet mengatakan adalah keterlaluan bagi seorang guru menjadi bintang filem lucah manakala setengah yang lain menganggapnya sesuatu yang tidak akan beri kesan buruk kepada pelajarnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.