Hukum Wanita Yang Share Gambar Air Susu Ibu Di Media Sosial
Sebelum ini viral di media sosial bila ramai yang
mempertikaikan tindakan segolongan wanita yang berselfie ketika menyusu. Masih
dalam lingkungan isu yang sama terbaru seorang ustaz menegur tindakan kaum
wanita yang menyusu mempamerkan hasil perahan mereka di media sosial.
Status yang dimuat naik ustaz berkenaan juga menimbulkan
perdebatan dalam ruangan komen terutama bila beliau menggunakan perumpamaan air
mani yang dianggap tidak sesuai dan kasar.
Walau pun ada yang menganggap perkongsian foto itu sekadar
untuk memberi inspirasi kepada kaum ibu untuk menyokong penyusuan ibu namun
bagi lelaki ia mungkin membayangkan perkara lain, itu antara yang turut
diperkatakan oleh netizen tentang status berkenaan.
Berikut adalah perkongsian ringkas namun pedas dari Ustaz
Emran Ahmad.
Minta maaf, boleh tolong rasa malu sikit tak?
Benda-benda sulit atau perkara yang bersifat peribadi tidak
payahlah tayang di fb atau kepada orang lain. Tanpa rasa bersalah ada wanita
menunjukkan gambar 'air susu' badannya kepada khalayak (di fb dll). Ada pula
yang tunjukkan gambar pakaian dalam yang hendak dipakai malam nanti pada suami
di fb.
Kalau ditegur nanti dijawab apa salahnya? Bukan tunjuk aurat
pun. Sedangkan pengertian aurat itu luas
bukan hanya bermaksud anggota badan sahaja sebaliknya dalam bahasa Arab kalimah
aurat itu sendiri disebut ;
Setiap sesuatu yang ditutup kerana malu jika ditunjukkan.
Kalau orang perempuan tanpa malu boleh tunjuk air susu
badannya yang diperah atau disimpan, apa bezanya jika ada pula orang lelaki
menunjukkan air maninya yang dibubuh atas sudu atau dalam cawan?
# Tapislah perbuatan kita dengan akal fikiran, sifat malu
dan budi pekerti yang tinggi serta kesopanan dalam setiap tindakan.
Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda ;
“Malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan
semata-mata.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]
Apabila hilang malu pula maka yang datang semuanya
keburukan!- Islam Itu Indah
Ulasan
Catat Ulasan