Isteri Jatuh Sakit Sehingga Maut Selepas Dapat Tahu Suaminya Curang Dengan Wanita Lain.

Nasib seorang wanita yang berasal dari Shandong, China amat malang apabila dia di biarkan kelaparan oleh ibu mertuanya sendiri sehingga meninggal dunia, wanita tersebut ditemui meninggal dunia dalam keadaan yang sangat kurus kering.

Seperti yang di petik dari Shandong News, wanita yang bernama Yang Tian Tian berusia 26 tahun itu di biarkan terlantar oleh ibu mertuanya selepas Yang mengalami pengecutan otak.

Pada mulanya Yang merupakan seorang wanita muda yang sihat dan mempunyai rumah tangga yang bahagia. Namun begitu, hidupnya itu berubah 180 darjah apabila dia mengetahui bahawa suaminya itu sebenarnya telah berlaku curang di belakangnya.

Betapa terkejutnya Yang apabila dia mengadukan hal suaminya itu kepada ibu mertuanya itu, dia bukan sahaja membela anaknya itu malah turut memarahi Yang. Menurut ibu mertuanya itu apa yang dilakukan oleh suaminya itu merupakan satu perbuatan yang lumrah bagi kaum lelaki. Ibu mertua Yang juga mengatakan bahawa Yang seharusnya bersyukur kerana segala keperluan hidupnya serta makan minumnya di rumah sangat mencukupi.

Akibat tidak tahan di madu akhirnya Yang meminta cerai tetapi tidak berjaya kerana suaminya itu tidak mahu menceraikannya. Putus asa dengan hidupnya itu, Yang nekad mengakhiri hidupnya dengan menelan pelbagai jenis ubat-ubatan. Dia sempat di kejarkan ke hospital dan selamat dari maut. Akan tetapi, akibat dari kejadian tersebut telah membuatkan otak Yang mengalami pengecutan.

Yang pun telah dibawa pulang ke rumah ibu mertuanya itu untuk dijaga. Namun ketika di rumah ibu mertuanya itu, dia hanya di biarkan terbaring di tempat tidurnya tanpa diberi makan yang mencukupi. Hanya dalam masa setahun sahaja Yang yang dulunya berbadan sangat cantik seperti model telah menjadi kurus kering tinggal tulang seperti di bungkus dengan kulit.

Saudara Yang pernah datang bagi melawat  dan amat terkejut melihatkan keadaan Yang. Dia telah memarahi ibu mertua yang namun ianya hanya sia-sia sahaja kerana dengan bersahaja ibu mertua yang kejam itu menjawab "Keluarga kami tidak mampu memakan daging selama berbulan-bulan, bagaimana kami nak merawat dia (Yang)".

Lebih teruk lagi apabila ibu mertua Yang menolak untuk membawa Yang ke hospital untuk di rawat. Akhirnya wanita malang tersebut telah meninggal dunia pada awal Ogos yang lalu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.