Johan Bengang Maklumat Peribadi Didedahkan Pihak Tidak Bertanggungjawab.

Penyampai radio era, Johan, meluahkan rasa kecewa apabila maklumat peribadinya didedahkan pihak tidak bertanggungjawab

Akibat perbuatan tersebut, kediamannya telah dikunjungi beberapa individu tidak dikenali.

Menerusi luahan yang dibuat di akaun Instagram[IG]nya, Johan berkata, meskipun mereka yang datang ke rumahnya itu bertujuan untuk memberikan hadiah, tetapi isu utama ialah tentang keselamatan anak-anak dan keluarganya.

Tidak menyimpan sebarang prasangka, sebaliknya pengacara Lawak Solo bingung bagaimana alamat rumahnya boleh diketahui ramai.

Johan juga telah menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak yang mendedahkan maklumat peribadinya dan akan membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.

Pada masa sama, pengikut IG @jozlynhahania turut menyokong tindakan tegas Johan yang ingin mengambil tindakan terhadap individu tidak bertanggungjawab membocorkan maklumat peribadinya.-Astro Gempak
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.