Kerana Cemburu Wanita Ini Disimbah Air Panas Oleh Bekas Isteri Suaminya.

Hanya kerana cemburu buta dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa bekas suaminya telah menikah dengan wanita lain, seorang isteri yang gila talak tergamak menyuruh anak lelakinya sendiri menyiram air panas kepada isteri baru ayahnya itu.

Dalam kejadian yang berlaku di Tawau Sabah baru baru ini, mangsa dikenali sebagai julia 31 melecur dibagian tangan dan badan akibat di simbah air panas.

Sementara pipi kanannya lebam  serta lensa mata juga beralih dari kedudukan asal dipercayai ditumbuk oleh penyerang itu.

Menurut peguam bela mangsa Rozainah Mohdsaid berkata, anak guamnya itu diserang dan disimbah dengan air panas, yang di percayai telah dirancang oleh bekas isteri kepada suami mangsa.

Perkara yang lebih menyedihkan anak suluh yang masih belasan tahun itu menyimbah air panas kepada mangsa atas arahan ibunya sendiri, serangan ini dilakukan 4 orang, katanya ketika dihubungi pemberita.

Selain itu Beliau berkata dalam kes ini tiada isu mengambil suami orang seperti mana yang viralkan dalam laman media sosial.

“Tak ada isu mengambil suami orang Kalau isteri yang halau, hina, dan perkecilkan suami, suami perlu dihormati, suami juga bebas mencari pasangan baru yang jika sudah tawa hati dengan isteri lama, bukan menyusahkan.

Kalau isteri rasa hebat sangat tidak perlukan suami, dia suami juga bebas buat pilihan, tidak perlu buat tindakan jenayah ke atas orang lain, katanya.

Bagaimanapun katanya mangsa masih dalam rawatan dan memerlukan kos rawatan segera untuk lakukan rawatan dibahagian matanya dengan Rm8 ribu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.