Nelayan Jadi Jutawan Disebabkan Muntah Ikan Paus Yang Bernilai RM 11 Juta
Muntah seekor ikan paus menjadikan nelayan dari Oman ini
seorang jutawan selepas dia menaikkan longgokan besar muntah ikan paus ketika
pergi menangkap ikan di sebuah pesisir pantai di negara itu. Muntah ikan paus
adalah seperi lilin yang dipanggil 'emas terapung'.
Apa yang menjadikan nelayan ini jutawan kerana nilai muntah
tersebut sangatlah mahal kerana ia menjadi buruan syarikat pengeluar minyak
wangi yang menjadikan ia bahan untuk minyak wangi kekal lama.
Khalid Al Sinani yang menemui longgokkan tersebut seberat 60
kilogram dan harganya boleh mencecah RM 11 juta!
“Saya dalam pelayaran pulang apabila terhidu bau sangat
busuk tidak jauh dari bot saya. Apabila memeriksanya, saya nampak selonggok
besar bahan terapung di air. Saya menggunakan tali untuk menariknya. Beratnya
lebih 60 kilogram sedangkan bot saya hanya enam meter panjang.”
“Impian saya menjadi kenyataan. Saya menanti saat ini sejak
20 tahun lalu apabila mula menjadi nelayan bersama bapa.” katanya yang ingin
berhenti menjadi nelayan.
Ulasan
Catat Ulasan