Padah Amal Rawatan Melalui Media Sosial, Cara Buang Kahak Da Lendir Bayi Tanpa Ubat”

Beberapa hari lepas, viral dilaman media sosial satu perkongsian berupa tips “Cara buang kahak dan lendir bayi tanpa ubat”

Beberapa hari lepas, viral dilaman media sosial satu perkongsian berupa tips “Cara buang kahak dan lendir bayi tanpa ubat”

Dalam perkongisan tersebut, ada menunjukkan cara-cara untuk menghilangkan kahak pada kanak-kanak. Salah satunya adalah dengan menggunakan wap daripada air yang dicampurkan dengan bawang putih.

Sebenarnya perkongsian yang sama juga telah viral pada tahun lalu dan ada sepasang ibu bapa yang telah mengikut cara rawatan tersebut. Hasilnya, anak mereka dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah pernafasan.

Keadaan ini berlaku sebaik sahaja mereka mengikut cara rawatan viral tersebut. Mujur mereka pantas bertindak menghantar anak mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Moga kejadian ini menjadi iktibar kepada ibu bapa yang lain.

Saluran pernafasan kanak-kanak adalah sangat sensitif

Kanak-kanak mempunyai saluran pernafasan yang lebih kecil berbanding dengan orang dewasa. Ketika mana berlakunya selsema yang mungkin disebabkan jangkitan virus, saluran pernafasan kanak-kanak akan menjadi semakin kecil disebabkan lendir yang terhasil pada dinding saluran pernafasan tersebut.

Penggunaan wap panas ang mempunyai benda asing seperti bawang putih boleh menganggu saluran pernafasan. Ini kerana lendir yang terhasil akan menjadi semakin banyak dan otot saluran pernafasan juga akan menjadi semakin sensitif. Kedua-dua perkara ini akan menyebabkan saluran pernafasan bayi menjadi semakin kecil dan menganggu pernafasan bayi.

Bagi pandangan saya, rawatan dalam perkongsian viral itu adalah sesuatu yang berbahaya untuk diamalkan. Jika orang dewasa mahu mengamalkannya, mungkin boleh. Tetapi tidak bagi kanak-kanak kecil yang masih mempunyai saluran pernafasan yang belum matang.

Lagipun, tiada ubat yang diberi kepada kanak-kanak yang mempunyai kahak. Saya ulangi, kanak-kanak yang berusia kurang dari lima tahu, tidak perlu diberi ubat mencairkan kahak kerana kajian telah membuktikan ubat tersebut tidak berkesan bagi kanak-kanak berusia kurang dari lima tahun.


Oleh itu, kanak-kanak yang mempunyai batuk berkahak, selalunya di nasihatkan kepada ibu bapa untuk perhatikan sahaja dahulu kanak-kanak tersebut. Jika pernafasan semakin laju, tidak aktif ataupun batuk lebih daripada seminggu, maka perlu berjumpa dengan doktor.Root of Science

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,402,Artis Dalam Negara,25,Artis Luar Negara,21,Berita Menarik,975,Berita Semasa,1350,Islam,104,Kantoi Luar Negara,17,Kes Kantoi,435,Kes Rogol,355,Kesihatan,84,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1204,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,202,Politik Dalam Negara,7,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,13,Rumah Tangga,353,Sukan,132,Sukan Luar Negara,11,Video,547,Video Kantoi,10,Video Luar Negara,38,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Padah Amal Rawatan Melalui Media Sosial, Cara Buang Kahak Da Lendir Bayi Tanpa Ubat”
Padah Amal Rawatan Melalui Media Sosial, Cara Buang Kahak Da Lendir Bayi Tanpa Ubat”
Beberapa hari lepas, viral dilaman media sosial satu perkongsian berupa tips “Cara buang kahak dan lendir bayi tanpa ubat”
https://1.bp.blogspot.com/-ulzhHjEz2nA/WBv-Vrob8wI/AAAAAAAAT0A/QkZH85rzMccQd9nygDpLyZCpDln9IMjtACLcB/s320/1%2B-%2BCopy.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-ulzhHjEz2nA/WBv-Vrob8wI/AAAAAAAAT0A/QkZH85rzMccQd9nygDpLyZCpDln9IMjtACLcB/s72-c/1%2B-%2BCopy.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/11/padah-amal-rawatan-melalui-media-sosial.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/11/padah-amal-rawatan-melalui-media-sosial.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy