Pakar Arkeologi Thailand Temukan Mayat Pengamal Ilmu Hitam
BANGKOK: Pakar arkeologi di Thailand digemparkan dengan
penemuan rangka yang dipercayai merupakan pengamal ilmu hitam di sebuah kawasan
perkuburan purba.
Penemuan menakutkan itu berlaku di Mukdahan berdekatan
sempadan Thailand-Laos apabila pakar arkeologi menjalankan proses menggali
semula tanah perkuburan tersebut.
Mereka menemukan kulit manusia yang tertera tatu pada rangka
manusia berkenaan yang dipercayai ada kaitan dengan amalan ilmu hitam.
Tatu itu berbentuk tulisan Sanskrit merupakan mentera yang
digunakan untuk membuatkan kulit berkenaan diawet dan tidak dimamah tanah.
Selain mentera, tertera juga gambar harimau pada kulit
tersebut.
Bagaimanapun, pertubuhan arkeologi Thailand Goopaitongdaeng
Jeemokkho Goopainueng Soonpaed (GORR). mendakwa, tulisan mentera tersebut
mungkin penyebab kematian mayat lelaki itu.
Jelas pertubuhan berkenaan, tatu itu mungkin menghalang
lelaki terbabit menjalani pembedahan selepas mengalami radang usus.
"Lelaki itu tidak boleh menjalani pembedahan kerana
kulitnya sukar dibedah dan akhirnya dia meninggal dunia dalam kesakitan,"
kata pertubuhan tersebut.
Punca kulit itu tidak terjejas tidak diketahui tetapi
rata-rata penduduk Thailand percaya kejadian itu ada kaitan dengan amalan ilmu
hitam.- mStar Online
Ulasan
Catat Ulasan