Palestin Kesal Bantuan Tidak Dihargai

RAMALLAH: Pihak Berkuasa Palestin (PA) menyuarakan rasa kesal terhadap tindakan Israel yang tidak memberikan penghormatan kepada usaha anggota bomba Palestin menyertai operasi memadamkan kebakaran di kawasan jajahan rejim Zionis sejak beberapa hari lalu.

Palestin menghantar lapan buah trak bomba dan kira-kira 40 anggota bomba untuk memadamkan api di Haifa dan Bukit Baitulmaqdis.

Bagaimanapun Kementerian Luar PA dalam kenyataan berkata, pihaknya terkilan apabila tidak diberikan penghormatan oleh Israel berbanding beberapa negara lain yang menyertai operasi tersebut.

"Keputusan Palestin untuk membantu memadamkan kebakaran di Israel atas dasar kemanusiaan dan tidak mengharapkan rasa terima kasih daripada Israel," jelas kenyataan itu yang disiarkan pada Isnin.

Pada Ahad, Kementerian Luar Israel mengeluarkan kenyataan untuk menyampaikan rasa terima kasih kepada semua negara luar yang membantu memadamkan kebakaran sejak minggu lalu.

Palestin turut disebut dalam mesej yang berbentuk infografik tetapi hanya bendera negara itu sahaja yang dimasukkan selain lakaran kapal terbang yang berwarna hitam berbanding negara lain yang memiliki warna lebih cerah.

Namun dalam penulisan kapsyen infografik itu, Kementerian Luar Israel tidak menyebut nama Palestin sebagai negara yang menyertai operasi tersebut.

"Mesej itu tidak wajar dan tidak menyatakan penyertaan ahli bomba secara menyeluruh.

"Tindakan Israel merupakan usaha menghapuskan peranan kemanusiaan yang dimainkan oleh Palestin di dunia ini," jelas Kementerian Luar Palestin seperti dilapokran Jerusalem Post.

Bagaimanapun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Sabtu menghubungi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk menyampaikan rasa terima kasih atas bantuan Palestin.-mStar Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.