Pegawai SPRM Dera Isteri Dengan Kejam Dibuang Kerja.

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa 1 November lalu kerana didapati bersalah terlibat dengan dadah.

Muhammad Nazrin Abdullah, 37, pegawai SPRM Cawangan Segamat didapati bersalah oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada September lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah berkata, SPRM memandang serius perkara berkenaan dan tidak akan berkompromi jika ada pegawainya yang melanggar peraturan organisasi.

“Keputusan memberhentikan perkhidmatan Muhammad Nazrin dibuat Lembaga Tatatertib SPRM,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Muhammad Nazrin adalah individu yang sama dilaporkan bertindak ganas mencederakan isterinya.Pada Isnin lepas dia turut dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengugut biras lelakinya, Mohammad Faris Ngatiman.

Bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah atas tuduhan menakutkan secara jenayah dengan cara menunjukkan sebilah parang panjang dengan niat menakutkan Mohammad Faris di sebuah rumah di Kampung Parit Jarum Tengah, Bukit Gambir kira-kira pukul 7.10 pagi, 21 September lalu.

Kes tersebut sebelum itu tersebar di laman sosial Facebook setelah isteri tertuduh memuat naik status kisah keganasan rumah tangganya dan mendakwa suaminya yang merupakan seorang pegawai SPRM sering mendera dan melakukan serangan seksual terhadapnya. – mStar Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.