Penduduk Terkejut Temui Objek Asing Jatuh Dari Langit.

Penduduk di Lone Khin, Myanmar, terkejut dengan penemuan sebuah objek yang pelik, yang jatuh dari langit. Sehingga kini tiada siapa yang tahu apakah sebenarnya objek terbabit.

Menurut salah seorang penduduk di situ, Ko Maung Myo, objek itu jatuh ke bumi pada pukul 6 pagi, 10 November lalu dan ketika itu dia merasakan kawasan sekitar bergegar.

“Penduduk di sini menyangka ia adalah letupan bom,’’ katanya.
Objek misteri yang berukuran 12 kaki panjang dan ukuran diameter 5 kaki, terdampar di lombong batu jade yang terbiar antara Hmaw His Zar dan kampung Nat Ma Pyeit.


Meskipun pihak berkuasa tidak mengesahkan apa sebenarnya objek itu, namun Myo berpendapat ia mungkin enjin sebuah pesawat ringan.

“Saya rasa ia sebuah enjin disebabkan terdapat banyak wayar tembaga dan ia juga kelihatan seperti enjin,” katanya.

Dalam pada itu, pihak berkuasa berkata, objek itu hampir terjatuh ke atas dua khemah yang dipasang oleh penduduk.

Sementara itu, seorang pakar penerbangan berkata, hasil hasil pemerhatiannya terhadap gambar berkenaan mendapati ia bukannya enjin pesawat tetapi lebih kepada pelancar roket.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.