Polis Menjalankan Gerakan Mencari kanak-kanak 10 Tahun Hilang.

Polis menjalankan gerakan mencari seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang dilihat kali terakhir di kawasan Jalan Jejaka 9, Taman Maluri, Cheras di sini pada Isnin sebelum dilaporkan hilang.

Polis menjalankan gerakan mencari seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang dilihat kali terakhir di kawasan Jalan Jejaka 9, Taman Maluri, Cheras di sini pada Isnin sebelum dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, bapa kepada Noor Ayrill Aqasha membuat laporan polis semalam.

"Kanak-kanak itu dikatakan tidak kembali semula selepas keluar sejak 31 Oktober lalu sebelum bapanya memutuskan untuk membuat laporan polis semalam," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras hari ini.

"Setakat ini kami sedang meneliti setiap maklumat yang diterima dan masih menjalankan siasatan. Kejadian ini diklasifikasikan sebagai orang hilang," kata Chong.

Kehilangan Noor Ayrill tersebar dalam laman sosial sejak pagi tadi selepas ibu dan bapanya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi mereka selain memaklumkan kepada polis.

Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dipercayai hilang selepas tidak pulang ke rumah bapanya di Cheras, sejak 31 Oktober lalu.

Ibu mangsa, Siti Rohayu Yaacob, 37 berkata, anaknya, Noor Ayrill Aqasha tinggal bersama bekas suaminya di Cheras sejak tiga bulan lalu.

"Saya hanya tahu berita kehilangan dia semalam selepas dimaklumkan pihak polis susulan laporan polis yang dibuat bekas suami.

"Saya difahamkan, kali terakhir dia dilihat berada di Jalan Jejaka 9, Taman Maluri, Cheras pada Isnin lalu," katanya yang tinggal di Ampang.

Katanya, dia bimbang dengan keselamatan anaknya itu dan bertindak menyebarkan berita kehilangan berkenaan melalui aplikasi WhatsApp bagi meminta bantuan orang ramai.


"Setakat ini saya belum dapat apa-apa berita cuma pagi tadi saya ada menghubungi pegawai penyiasat dan dimaklumkan belum ada khabar berita mengenai anak saya," katanya.

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,465,Artis Dalam Negara,106,Artis Luar Negara,50,Berita Menarik,1293,Berita Semasa,1678,Binatang,13,Cabul,11,Curang,20,Dera,19,Gaduh,15,Gambar,30,Islam,128,Kantoi Luar Negara,53,Kecuaian,4,Kejam,79,Kemalangan,25,Kes Bunuh,67,Kes Kantoi,533,Kes Rogol,409,Kesihatan,99,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1419,Makanan,10,Maksiat,18,Marah,7,Movie,5,Movie Trailer,4,Penipuan,4,Perang,6,Politik,245,Politik Dalam Negara,50,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,44,Rogol Dalam Negara,32,Rogol Luar Negara,35,Rompak,5,Rumah Tangga,387,Samseng,6,Samun,5,Sedih,20,Selebriti,8,Seram,8,Sesat,1,Sukan,156,Sukan Dalam Negara,17,Sukan Luar Negara,18,Sumbang Mahram,6,Video,706,Video Dalam Negara,88,Video Kantoi,47,Video Luar Negara,124,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Polis Menjalankan Gerakan Mencari kanak-kanak 10 Tahun Hilang.
Polis Menjalankan Gerakan Mencari kanak-kanak 10 Tahun Hilang.
Polis menjalankan gerakan mencari seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang dilihat kali terakhir di kawasan Jalan Jejaka 9, Taman Maluri, Cheras di sini pada Isnin sebelum dilaporkan hilang.
https://2.bp.blogspot.com/-8wR91XIfZYs/WBxbUYDH4WI/AAAAAAAAT3g/4K4I3DFj7XoKOUGu9R9DL1-ZzkJ66oxPQCLcB/s320/hilang-sejak-agustus-gadis-as-ditemukan-dirantai-seperti-anjing-7U2.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-8wR91XIfZYs/WBxbUYDH4WI/AAAAAAAAT3g/4K4I3DFj7XoKOUGu9R9DL1-ZzkJ66oxPQCLcB/s72-c/hilang-sejak-agustus-gadis-as-ditemukan-dirantai-seperti-anjing-7U2.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/11/polis-menjalankan-gerakan-mencari-kanak.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/11/polis-menjalankan-gerakan-mencari-kanak.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy