Remaja Ini Mengaku Makan Daging Manusia Ketika Disoal Polis.

“Saya makan sesuatu yang teruk…manusia’. Itu yang diberitahu oleh seorang remaja lelaki, Austin Harrouff kepada polis selepas dia membunuh sepasang suami isteri dan kemudiannya makan muka si suami.

Austin juga merayu kepada polis untuk membunuhnya selepas mereka mengangkat mangsa, John Stevens yang ketika itu dalam keadaan tidak bermaya dan hampir mati.

Dalam serangan yang berlaku pada bulan Ogos itu, Austin juga terpaksa dibawa ke hospital di Florida selepas organnya mula gagal untuk berfungsi setelah dia minum bahan kimia di dalam garaj milik John dan isterinya, Michelle Mishcon.

Dalam serangan terhadap pasangan itu juga, Austin menggunakan pisau untuk membunuh John dan Michelle dalam kes yang disifatkan oleh polis sebagai paling kejam dalam sejarah perkhidmatan mereka di situ.

Menurut pegawai polis William Snyder, salah seorang anggota polis mengacukan pistol ke arah Austin manakala seorang lagi menggunakan senjata elektrik ke atasnya ketika mereka tiba di tempat kejadian namun Austin ketika itu tidak mahu melepaskan John.

“Ketika itu polis tidak menembak Austin kerana bimbang ia akan menjejaskan mangsa, tanpa kami menyedari ketika itu John berada dalam `nyawa-nyawa ikan’,’’ katanya.

Austin juga menikam jiran mangsa, Jeff Fisher, 47, yang ketika itu datang untuk membantu pasangan berkenaan. Jeff kemudiannya menghubungi 911.

Pendakwaraya kini memohon kepada juri untuk mengaitkannya dengan tuduhan membunuh kelas pertama, sekali gus membawa kepada hukuman mati jika didapati bersalah.

Austin juga terpaksa dirawat di hospital selama dua bulan selepas minum bahan kimia berkenaan.- Suara.TV
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.