Shafie Apdal Ke Bukit Aman Berhubung Kenyataannya Berkaitan 1MDB Di Parlimen Baru-Baru Ini.

Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya mempunyai asas yang cukup untuk menyiasat tiga bekas menteri di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan.

Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan ke Bukit Aman pagi Isnin untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya berkaitan 1MDB di Parlimen baru-baru ini.

Sumber terdekat dengan Ahli Parlimen Semporna itu berkata, pihak polis telah menghubungi bekas naib presiden Umno itu pada Rabu lalu.

"Selepas berbincang, kedua-dua pihak bersetuju untuk Datuk Seri Shafie ke Bukit Aman pada 10 pagi Isnin ini," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Sumber itu berkata, Shafie akan hadir bersama peguamnya untuk memastikan sesi merakamkan keterangan itu berjalan lancar.

Kata sumber itu lagi, pemimpin itu juga sedia memberi kerjasama bagi membantu pihak polis menyiasat kes berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya mempunyai asas yang cukup untuk menyiasat tiga bekas menteri di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan.

Kata Khalid, kes 1MDB masih dalam siasatan dan mendedahkan beberapa perkara yang membabitkan dakwaan salah laku terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diklasifikasikan sebagai Akta Hasutan.

Tiga bekas menteri berkenaan adalah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Bagaimana pun, sesi merakamkan keterangan  bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Isnin lalu telah ditangguhkan.

Dilaporkan, semasa perbahasan ucapan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, Ahmad Husni meminta kerajaan menyatakan sebab 1MDB ditubuhkan dan sama ada jika sebarang tindakan diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana menyalurkan dana syarikat pelaburan negara itu ke "tempat yang salah".

Beliau juga menyoal mengapa kerajaan hanya akan dibayar pada 2020 bagi penjualan 60 peratus kepentingan dalam projek Bandar Malaysia kepada sebuah syarikat Cina.

Ahmad Husni juga menyoal kerajaan sama ada imej Malaysia akan terjejas sekiranya 1MDB tewas dalam kes timbang tara di London berhubung tindakan International Petroleum Investment Co milik Abu Dhabi, yang menuntut lebih daripada AS$6.5 bilion daripada 1MDB.-mStar Online

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,398,Artis Dalam Negara,22,Artis Luar Negara,18,Berita Menarik,965,Berita Semasa,1338,Islam,104,Kantoi Luar Negara,17,Kes Kantoi,435,Kes Rogol,354,Kesihatan,81,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1190,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,202,Politik Dalam Negara,6,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,13,Rumah Tangga,350,Sukan,132,Sukan Luar Negara,11,Video,544,Video Kantoi,9,Video Luar Negara,36,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Shafie Apdal Ke Bukit Aman Berhubung Kenyataannya Berkaitan 1MDB Di Parlimen Baru-Baru Ini.
Shafie Apdal Ke Bukit Aman Berhubung Kenyataannya Berkaitan 1MDB Di Parlimen Baru-Baru Ini.
Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya mempunyai asas yang cukup untuk menyiasat tiga bekas menteri di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan.
https://2.bp.blogspot.com/-qOpzBIsOQdM/WB6xhvXHd-I/AAAAAAAAT_8/wL8LSQOzGnMfBqzJR6nKiQEFN4Hd1bvvQCLcB/s320/wj.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-qOpzBIsOQdM/WB6xhvXHd-I/AAAAAAAAT_8/wL8LSQOzGnMfBqzJR6nKiQEFN4Hd1bvvQCLcB/s72-c/wj.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/11/shafie-apdal-ke-bukit-aman-berhubung.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/11/shafie-apdal-ke-bukit-aman-berhubung.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy