Suami Kene Marah Kerana Salah Beli Minyak

KUALA LUMPUR – Disangka minyak masak untuk kegunaan makan, seorang pengguna Facebook memuat naik status tersalah beli minyak sembahyang orang Cina.

“Tak pasal-pasal aku kena pepah dengan bini, dia kata suruh beli minyak masak aku belilah. Bila tanya kedai semua dah habis.

“Aku tanya minyak masak apa aja yang tinggal. Budak kedai ni cakap minyak ni saja ada, boleh buat goreng tauhu atau benda ringan. Sampai rumah bini aku menjerit.

Dia pun tak cek dulu terus masuk dalam kuali.

“Kau siap kau budak aku datang kedai kau kita’ repeat gaduh satu by one’. Ini minyak sembahyanglah Bahlol,”tulisnya akhiri status tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat 2,562 perkongsian dan 5.7 ribu tatapan. – SuaraTV
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.