Suami Pijak Kepala Isteri Hingga Maut Depan Anak-Anak.

Hanya kerana tak tahan terus dihina dan dibebel isteri, seorang suami Syafrizal 47 tahun gelap mata membelasah isterinya sendiri Syafrida 40 tahun hingga maut, lebih memilukan kekerasan rumah tangga itu berlaku didepan 3 anaknya sendiri yang berumur 2 ke 10 tahun.

Dalam kejadian yang berlaku di kepulauan Batam, Riau beberapa hari lalu. Anaknya yang paling besar berkata bahawa ayahnya itu telah memukul dan meyepak ibunya, tidak hanya itu bapanya juga memijak  kepala ibunya hingga maut ditempat kejadian.

Selepas mendapati isterinya maut, Syafrizal melarikan diri sebelum berjaya ditahan polis dua hari selepas kejadian.

Menurut hasil bedah siasat mangsa mengalami pendarahan dalaman otak yang teruk sehingga mengakibatkan telinga, mulut dan hidungnya mengeluarkan darah.

Bagaimanapun pada hari ini Syafrizal menyesal dan mengaku membunuh isterinya kerana kesal dia selalu dihina di depan anak-anaknya.

“Dia kerap hina saya, dikatakan bodoh di depan anak, harusnya di depan anak cakap yang baik-baik”kata Syafrizal.

Syafrizal menjelaskan dakwaan media sebelum ini yang mengatakan  bahawa dia kerap memukul isterinya, katanya setiap pergaduhan yang berlaku isterinya yang selalu memulakannya terlebih dahulu, pada malam kejadian isterinya itu menuduhnya gagal dalam mendidik anak-anak dan memenuhi keperluan hidup mereka.

“Anak yang nakal saya yang disalahkan, seharusnya sebagai seorang isteri mencari penyelesaian serta berbincang dengan suami dan bukannya menuduh suami bodoh”katanya singkat.

Bagaimanapun Syafrizal mengaku tak menyangka pergaduhan itu telah menyebabkan isterinya meninggal dunia, yang bermula dari masalah anak yang malas belajar.

“Malam itu isteri menolak apabila saya suruh dia mengurus anak belajar, anak saya yang satu itu otaknya memang agak lemah, saya meminta kepada isteri untuk memberikan meja belajar yang saya belikan dua hari lepas, tapi isteri kata dia sudah menjualnya, dan dia menuduh anak saya bodoh disebabkan bapanya bodoh dan tak mampu memenuhi keperluan anak”katanya tertunduk menahan sayu.

Syafrizal juga mengaku menyesal dengan perbuatannya. Oleh sebab kejadian itu, ketiga-tiga anaknya terpaksa kehilangan kasih sayang seorang ibu.

Mengulas hal anaknya kini terpaksa dijaga oleh adik perempuan isterinya, dalam keterangan itu Syafrizal juga berpesan kepada ketiga-tiga anaknya agar rajin-rajin belajar selama dia dalam proses penghukuman yang bermula hari ini.-Eberita 
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.