Tindakan Pengawal Rampas Telefon Sangat Biadap - Ayda Jebat

PETALING JAYA: Pelakon Ayda Jebat menyelar tindakan pengawal yang bertindak merampas telefon bimbit ketika sedang berselfie bersama bintang Running Man, Lee Kwang Soo sebagai tidak beradap.

Ayda menerusi laman twitternya pada Sabtu meluahkan rasa marah dan berpendapat pihak yang menjaga keselamatan selebriti luar itu perlu bertimbang rasa dan menghormati orang yang ingin bergambar.

"Kamu sangat biadap," tulisnya.

Video kejadian itu menjadi viral berikutan rasa tidak puas hati netizen terhadap tindakan pengawal itu merampas telefon bimbit milik penyanyi lagu Pencuri Hati itu.

Ayda bersama beberapa rakan artis lain iaitu Ajak Shiro, Saharul Ridzwan dan Hairul Azreen terlibat dalam program Running Man Challenge – hydrated

Tambah Ayda, perkara itu turut mengejutkan dia dan rakan selebriti lain yang turut sama berada dalam kejadian tersebut.

Bagaimanapun, Lee Kwang Soo kemudiannya bertindak meminta telefon itu daripada pengawal dan mengambil selfie bersama sebelum memulangkannya semula kepada Ayda.

Ayda turut membalas komen peminatnya yang tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan, berkata, pengawal itu sepatutnya menghormati siapa juga yang sedang bergambar.

"Kalau bukan saya pun, anda seharusnya hormat orang yang hendak bergambar. Tak boleh?" katanya.- mStar Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.