TMJ Buat Video, 'Troll' Tembak Gang Baju Merah.

TENGKU Mahkota Johor, TMJ muncul dalam video 'troll' mempersendakan aksi bodoh kumpulan Samseng Baju Merah yang memukul-mukul diri dalam himpunan depan Pejabat Malaysiakini semalam.

Dalam video yang dimuatnaik di laman facebook Johor Southern Tigers itu, Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim muncul di hujung rakaman video selepas sekumpulan lelaki memakai T Shirt merah sambil menutup muka membuat aksi memukul-mukul badan sambil mengerang menunjukkan kekuatan.

Tengku Ismail dalam aksi santai berbaju biru pula melepaskan tujuh das tembakan seolah-olah ke arah kumpulan baju merah tersebut seramai tujuh orang dalam video itu sebagai simbolik membunuh mereka semua.

Kumpulan Samseng Baju Merah yang diketuai oleh Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos (sebut Jamal Jamban) semalam menunjukkan pelbagai aksi bodoh memukul-mukul badan dengan kayu sambil terlompat-lompat seperti meniru aksi beruk.

Dalam Video 'troll' tersebut TMJ dilihat mempersendakan tindakan dan aksi bodoh kumpulan Samseng Baju Merah. Berikut video yang dimaksudkan sila klik untuk menonton.

Dalam satu kenyataan yang dikirimkan bersama video tersebut, TMJ menyatakan bahawa beliau tidak berpihak kepada sama ada baju merah atau baju kuning, sebaliknya beliau bersama Bangsa Johor yang melambangkan perpaduan.-www.milosuam.net

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.