Video: Balasan Isteri Curang Melekat Ketika Melakukan Hubungan Seks
Nairobi – Rahsia seorang isteri yang curang dengan suaminya
terbongkar dengan cara memalukan apabila dia melekat ketika melakukan hubungan
seks dengan kekasihnya.
Pasangan itu dilaporkan melekat ketika mereka melakukan
hubungan seks di rumah wanita berkenaan di sebuah bandar daerah Kisii, Kenya.
Ketika kejadian suami wanita itu tiada di rumah kerana
keluar daerah atas urusan perniagaan.
Kerana kesakitan dan tidak dapat melepaskan diri, pasangan
berkenaan yang melekat di bahagian kemaluan menjerit meminta tolong.
Beberapa jiran yang mendengar jeritan pasangan berkenaan
kemudian memecah masuk rumah untuk membantu mereka.
Bagaimanapun, jiran yang masuk ke dalam rumah itu terkejut
apabila melihat pasangan berkenaan melekat dalam keadaan bogel di atas katil.
Keadaan bertambah kecoh apabila orang ramai mula berkumpul
di rumah itu melihat apa yang berlaku.
Suami wanita itu yang dihubungi seorang jirannya mengarahkan
pasangan berkenaan dibawa berjumpa seorang bomoh.
Menurut media tempatan, suami wanita itu sudah lama
mengesyaki isterinya berlaku curang tetapi dia tiada bukti untuk
mengesahkannya.
Lelaki itu berjumpa seorang bomoh bagi mengenakan sihir
terhadap isterinya.
Pasangan itu akhirnya berjaya dipisahkan selepas bertemu
dengan bomoh berkenaan.
Ulasan
Catat Ulasan