(Video) Berang Dengar Tangisan Tak Berhenti, Bayi 2 Bulan Ditampar 42 Kali
KUALA LUMPUR - Berang mendengar tangisan bayi yang tidak
berhenti, seorang wanita tergamak menampar bayi dipercayai berusia 2 bulan itu
sebanyak 42 kali tanpa henti.
Video tindakan kejamnya itu tersebar di media sosial namun
tidak tidak menyatakan lokasi sebenar kejadian, telah ditonton sebanyak 39,000
kali di laman Facebook.
Ada yang percaya bahawa wanita itu adalah ibu kepada bayi
berkenaan, tidak kurang juga percaya wanita itu mungkin pengasuhnya.
Namun, netizen mengecam tindakan wanita itu menampar muka
mangsa berkali-kali tanpa belas kasihan. Mangsa yang dibaringkan di sofa dan
tidak berdaya itu hanya mampu menangis diperlakukan dengan kejam seperti itu.
Dalam masa yang sama, netizen turut mempersoalkan tindakan
individu yang merakam kejadian itu yang tidak mengambil sebarang tindakan
menghentikan perbuatan wanita berkenaan.
"Yang rakam video ini kenapa tak tolong? Tak ada hati
perut ke sampai sanggup melihat bayi itu ditampar bertubi-tubi? Mohon meninggal
kamu berdua!" kata Sri Puji Lestari.
"Sedih, geram dan marah tengok video ini. Apa salah dan
dosa bayi ini sehingga sanggup diperlakukan seperti itu. Ini bukan manusia
mahupun binatang. Ini iblis yang bertopengkan wajah manusia. Semoga kamu
mendapat balasan yang setimpal!" kata Bibianah Sidin.
"Ya Allah, sampai merah muka bayi tu kena tampar.
Sedihnya alahai aku tengok anak kecil ini diperlakukan seperti itu," kata
Syuhada.
Netizen mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap
wanita yang tidak berperikemanusiaan itu, malah tindakan yang sama juga
terhadap individu yang merakam video tersebut kerana sanggup membiarkan anak
kecil itu ditampar dengan kejam. - The Reporter
Ulasan
Catat Ulasan