Video Budak 3 Tahun Dihempap Pintu Kaca Pusat Beli Belah.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun retak tempurung kepala dihempap pintu kaca yang tiba-tiba terjatuh, Ahad lalu, lapor laman iFeng.

Dalam kejadian jam 4 petang di Foshan, selatan China itu, mangsa sedang mengikut neneknya yang berada di depan masuk ke sebuah bangunan pusat beli belah.

Dalam video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu, mangsa dilihat menolak pintu kaca itu sebelum berlari keanak-anakan menuju ke arah neneknya.

Wanita warga tua itu sempat melihat pintu kaca itu terjatuh, bagaimanapun sudah terlambat untuk menyelamatkan mangsa di mana pintu tersebut terjatuh menghempap kepala cucunya dengan kuat.

Neneknya yang turut terjatuh akibat dihempap pintu berkenaan, segera bangkit dan cuba mengangkat pintu kaca tersebut dan mendapati cucunya tidak sedarkan diri.

Mangsa dikejarkan ke hospital dan tempurung kepalanya mengalami keretakan di beberapa bahagian.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan selamat dan sudah sedarkan diri.

Pihak pengurusan pusat beli belah berkenaan kini sedang menyiasat punca kejadian. - The Reporter

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.