Video Kanak-Kanak Cedera Parah Ditumbuk Dan Ditendang pengasuh.

Seorang kanak-kanak retak tempurung kepala, lebam-lebam dan mengalami pendarahan teruk selepas dirakam dibelasah pengasuhnya.

Menurut laporan Dailymail, Ritisha menangis tanpa henti selain muntah-muntah selepas diambil dari pusat pengasuh.

Ibu bapa Ritisha kemudian berjumpa doktor di hospital dan pemeriksaan mendapati kanak-kanak berkenaan cedera parah.

Polis yang menyerbu pusat asuhan terbabit mendedahkan rakaman CCTV yang menunjukkan pengasuh, Priyanka Nikam menumbuk, menendang dan mencampak Ritisha tanpa belas kasihan.

Ibu bapa Rishita, Ruchita dan Rajat bagaikan tidak percaya apabila menonton rakaman CCTV tersebut.

“Seperti perlakuan binatang. Pengasuh menjaga anak saya dengan kasar, memukulnya dengan main dan mencampak Ritisha ke lantai,” kata Rajat.

Polis kemudian menahan Priyanka dan pemilik pusat asuhan tetapi melepaskan pemilik dengan jaminan.

Priyanka bakal didakwa dengan kesalahan jenayah akibat kejadian tersebut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.