Video Ngeri Mekanik Parah Ditetak 4 Lelaki Dengan Kejam

Petaling Jaya – Seorang mekanik motosikal parah selepas ditetak sekumpulan empat lelaki di depan sebuah kedai simulator di Jalan Kampung Paya, Butterworth awal pagi Khamis.

Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun dikatakan baru keluar dari premis berkenaan bersama rakannya yang berumur 21 tahun sebelum menaiki motosikal masing-masing.

Bagaimanapun ketika mereka ingin meninggalkan kawasan tersebut, terdapat sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hijau yang dinaiki lima lelaki telah merempuh motosikal tersebut sehingga kedua-duanya terjatuh.

Difahamkan, empat lelaki bersenjatakan parang yang keluar dari kereta itu kemudian mengejar mangsa dan menetaknya.

Akibat tetakan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kedua-dua belah tangan dan kaki.
Rakan mangsa berusia 21 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan selepas sempat melarikan diri.


Mangsa yang tinggal di Air Tawar kini sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya. – mStar

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.