Waktu Mengandung Suami Ada Perempuan Lain, Waktu Bersalin Doktor Azankan Bayi. - Isteri Malang

Saya kongsikan kisah seorang isteri malang. Beliau bercerita kepada saya sebab takde tempat lain nak mengadu. Anak yatim piatu, dari kecik duduk dengan atok. Waktu mengandung, suami ada perempuan lain. Waktu bersalin, suami takde di sisi untuk temankan. Menanggung sakit sendirian berhari-hari, akhirnya cser. Anak lahir, takde yang nak azankan. 

Terpaksa tebalkan muka minta ehsan doktor untuk azankan & iqamatkan bayi suci yang baru lahir tu. Dah bersalin, uri lekat pulak. Masuk semula bilik bedah untuk buang rahim. Sekali lagi, tanpa kehadiran suami di sisi. Semalaman bertarung nyawa dalam bilik bedah. Uri lambat dapat, mungkin sebab takde siapa yang nak tolong uruskan. Tu pun, nasib baik ada yang baik hati nak tolong tanamkan.

Bayangkan kesakitan seorang ibu yang melahirkan melalui pembedahan, ditambah lagi rahim kena buang. Sendirian. Anak kuning. Sakit fizikal. Badan lemah. Mental apatah lagi, sampai terniat dihati nak bagi bayi yang baru dlahirkan kat orang lain. Sebab apa? Dah mula terfikir mampu ke nak tanggung bebanan membesarkan 2 orang anak sendirian. 

Beliau ni kereta pun takde, ke hulu ke hilir naik motor. Boleh bayangkan tak betapa susahnya hidup beliau? Betapa hancurnya emosi beliau di saat ini? Boleh bayangkan tak betapa robeknya hati seorang wanita yang dah tak punyai rahim? Saya tak boleh nak bayangkan betapa sengsaranya beliau sekarang.

Disaat sakit, penat emosi, menderita, di mana suami yang sepatutnya ada di sisi? Suami yang sepatutnya jadi pelindung, dan menyayangi isteri? Beliau anak yatim piatu, takde ahli keluarga untuk bagi sokongan. 

Beliau ambil gambar baby, share dengan saya. Sebab apa? Sebab takde sesiapa beliau nak share gambar. Saya je yang ada. Boleh bayangkan tak? Saya menangis tereas-esak sambil menaip. Dalam banyak-banyak kisah yang dikongsikan dengan saya, kisah beliau ni betul-betul terkesan dihati.

Kepada suami beliau, satu ayat je saya nak cakap. CELAKALAH KAMU WAHAI LELAKI TAK GUNA! Saya susah nak maki hamun orang, tapi lelaki ini selayaknya untuk dimaki.

Kepada sahabatku yang sedang diuji. Bertabahlah.Kuatkan semangat. Bangun, walau susah macam mana sekali pun. Kalau bukan untuk diri sendiri, bangun demi anak-anak yang sangat memerlukan seorang ibu.
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.