Wanita Nekad Berbogel Elak Disaman Polis.
Seorang wanita ditahan polis trafik selepas enggan
memberhentikan kenderaan semasa pemeriksaan sekatan jalan raya dalam satu
operasi di Shandong, China.
Dalam kejadian yang berlaku di lebuh raya bandar Dongying
itu, sebuah kereta putih dipandu seorang wanita di bawah pengaruh alkohol cuba
merempuh pusat pemeriksaan tersebut.
Beberapa anggota trafik cuba menyiasat wanita itu namun
suspek enggan memberikan kerjasama. Suspek tidak mahu menjalankan saringan
ujian nafas untuk memastikan tahap alkohol dalam badannya.
Malah wanita berkenaan bersama seorang lagi lelaki
berkelakuan pelik apabila nekad membogelkan diri mereka. Suspek wanita dilihat
menanggalkan pakaian dan colinya sehingga mendedahkan payudaranya.
Selain itu, suspek juga mencekau salah seorang anggota
trafik itu yang cuba mendapatkan bantuan daripada rakan sekerjanya.
Walau bagaimanapun, ‘drama’ yang cuba dilakukan oleh suspek
tidak berjaya dan pihak polis telah menghantarnya ke hospital untuk melakukan
ujian darah.
Hasilnya, keputusan ujian darah menunjukkan bacaan kandungan
alkohol dalam badan wanita itu sebanyak 185.9 melebihi paras yang telah
ditetapkan.
Ulasan
Catat Ulasan