39 Laman Web Kritikan 1MDB Disekat Oleh Kerajaan.

SEKURANG-kurangnya 39 laman web termasuk yang menyiarkan kritikan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sentimen agama Islam disekat oleh kerajaan sepanjang tahun lalu.

SEKURANG-kurangnya 39 laman web termasuk yang menyiarkan kritikan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sentimen agama Islam  disekat oleh kerajaan sepanjang tahun lalu.

Ia adalah hasil laporan penyelidikan bersama yang dijalankan dua badan bukan kerajaan, iaitu Sinar Project dan Ooni yang bermula pada 24 September hingga 13 November tahun ini.

Menurut laporan Oriental Daily yang memetik hasil laporan bertajuk Perkembangan Penapisan Internet di Malaysia pada Februari tahun ini, laman web The Malaysia Insider dan Sarawak Report adalah antara yang paling awal dikenakan tindakan oleh pihak kerajaan.

“Walaupun kedua-dua laman web itu menyiarkan berita yang memetik daripada sumber lain, tindakan tetap dikenakan terhadap mereka,” tulis akhbar ini.

Difahamkan, laman web itu disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas kesalahan di bawah Seksyen 23, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mengancam keselamatan negara.

“Selain itu, beberapa blog yang mengkritik perkembangan semasa negara turut tidak dikecualikan daripada dikenakan tindakan sama. Ini termasuklah beberapa blog pro pembangkang dan blog milik beberapa aktivis masyarakat.”

Begitu juga dengan laman web dikenali sebagai Religion Of  Peace telah disekat oleh kerajaan kerana menyiarkan isu sentimen kaitan Islam.

Sementara itu, laporan daripada hasil penyelidikan itu turut menyebut, laman web milik Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang telah disekat pada tahun lalu, bagaimanapun dibenarkan beroperasi semula.

SKMM dilaporkan telah menyekat 5,044 laman web melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, sejak 2015 sehingga Oktober lalu.


Daripada jumlah itu, 4,277 adalah laman web berunsur lucah, jelik dan mengancam keselamatan, manakala 767 lagi memaparkan unsur perjudian, pelacuran, penipuan, cetak rompak, produk palsu, ubat tidak berdaftar dan sebagainya. - Sinar Harian

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,403,Artis Dalam Negara,25,Artis Luar Negara,22,Berita Menarik,981,Berita Semasa,1353,Islam,104,Kantoi Luar Negara,18,Kes Kantoi,437,Kes Rogol,356,Kesihatan,84,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1209,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,202,Politik Dalam Negara,7,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,13,Rumah Tangga,356,Sukan,132,Sukan Luar Negara,11,Video,549,Video Kantoi,10,Video Luar Negara,39,
ltr
item
Wartawan Jalanan: 39 Laman Web Kritikan 1MDB Disekat Oleh Kerajaan.
39 Laman Web Kritikan 1MDB Disekat Oleh Kerajaan.
SEKURANG-kurangnya 39 laman web termasuk yang menyiarkan kritikan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sentimen agama Islam disekat oleh kerajaan sepanjang tahun lalu.
https://1.bp.blogspot.com/-gRXY6fKkG0A/WFykHrdgEmI/AAAAAAAAWlw/USl1k0kDVRYvJ9cAO_bKMeVS_dEzLhfewCLcB/s320/2.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-gRXY6fKkG0A/WFykHrdgEmI/AAAAAAAAWlw/USl1k0kDVRYvJ9cAO_bKMeVS_dEzLhfewCLcB/s72-c/2.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/12/39-laman-web-kritikan-1mdb-disekat-oleh.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/12/39-laman-web-kritikan-1mdb-disekat-oleh.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy