5 Gambar Polis Ditikam Hingga Terburai Perut Kerana Roti Canai.

Roti Canai Punya Pasal Seorang anggota polis berpangkat Konstabel nyaris maut ditikam seorang lelaki hanya kerana salah faham ketika memesan roti canai di sebuah restoran di Menara A, Kondominium Selayang Point, Batu Caves, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.40 pagi, mangsa yang juga anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman berusia 26 tahun ke restoran berkenaan bersama tiga rakannya dan memesan roti canai daripada seorang lelaki yang disangkakan pekerja restoran terbabit.

Bagaimanapun, lelaki itu dikatakan tidak mengendahkan mangsa dan beredar dari premis terbabit.

Seorang lagi lelaki, dipercayai rakan lelaki tadi kemudian dikatakan menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa, menyebabkan mangsa tidak berpuas hati dan mengejar individu itu hingga ke lobi tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata berlaku pergaduhan antara mangsa dan lelaki itu sebelum mangsa ditikam di perut menggunakan senjata tajam manakala, lelaki itu hanya luka ringan.

“Mangsa adalah bekas anggota Balai Polis Selayang dan kini bertugas di UTK Bukit Aman tetapi, tinggal di Kuaters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak

“Susulan kejadian, kita menahan dua lelaki berusia 24 tahun dipercayai terbabit dalam kes itu dan mereka direman selama empat hari hingga Khamis ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Selayang oleh rakannya dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.