Balasan Si Tamak: Wanita Berkahwin Dengan Lelaki Tua Terpaksa Berputih Mata.

AMPHOUX bergambar dengan Sandrine selepas majlis perkahwinan mereka pada 2011
Paris: Seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki tua kerana harta akhirnya terpaksa berputih mata selepas suaminya meninggal wasiat untuk mewariskan semua hartanya kepada orang lain.

Sandrine Devillard baru-baru ini kalah dalam tuntutannya di mahkamah bagi mencabar wasiat suaminya, Marcel Amphoux yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada November 2012.

Dalam wasiat yang ditulis hanya beberapa minggu sebelum Amphoux, 68, meninggal dunia, lelaki itu mewariskan semua wangnya kepada sepupu perempuannya.

Dalam wasiat ditulis di belakang sampul surat itu, Amphoux turut mewariskan semua pondok miliknya di kawasan pergunungan di Perancis kepada penyewa.

Amphoux dikenali dengan sifatnya yang pelik termasuk jarang mandi dan hidup di dalam pondok tanpa bekalan elektrik atau air di kampung Puy-Saint-Pierre di pergunungan Alpine.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.