FAS Sudah Tidak Relevan Mesti Kena Rombak - Raja Muda Selangor

Kuala Lumpur: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah menyuarakan kebimbangannya dengan kemelut yang melanda Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan menuntut rombakan dilakukan dalam barisan Exco badan induk itu.

Beliau yang kurang senang dengan mentaliti pengurusan FAS yang hanya mengharapkan dana kerajaan negeri untuk menguruskan pasukan menganggap barisan kepimpinan ketika ini sudah tidak lagi relevan.

“FAS wajib mengorak strategi bukan saja untuk pasukan utama, malah meletakkan penekanan yang lebih menyeluruh terhadap pembangunan bola sepak akar umbi, mempertingkatkan mutu infrastruktur di serata negeri dan melaksanakan aspek pemasaran sukan yang komprehensif untuk memperoleh pendapatan yang mampan.

“Kita perlukan suntikan nafas baharu. Pasukan Gergasi Merah yang kaya dengan sejarah harus kita kekalkan martabatnya dan sangat penting untuk kita semua perjuangkan.-Harian Metro
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.