Gadis Berusia 15 Tahun Yang Datang Haid Mati Gara-Gara Adat Kuno
Kathmandu – Seorang gadis berusia 15 tahun meninggal dunia
akibat amalan adat kuno, ‘Chhaupadi’ di barat Nepal, lapor polis, hari ini.
Pegawai polis, Badri Prasad Dhakal, berkata Roshani Tiruwa
dipaksa mengasingkan diri dan tinggal dalam kandang yang kurang udara kerana
datang bulan. Adat itu sudah diharamkan oleh kerajaan sejak 2005.
Mayat remaja itu ditemui oleh bapanya pagi Ahad lalu dalam
sebuah pondok yang diperbuat daripada lumpur di kampung Gajra, daerah Achham,
kira-kira 440 kilometer dari barat Kathmandu.
“Kami menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti
punca kematiannya. Kami percaya dia mati lemas.
“Mangsa menyalakan api untuk memanaskan badan sebelum tidur
di dalam kandang yang tiada pengudaraan,” kata Badri kepada Reuters menerusi
telefon dari Sanfebagar, bandar utama, di sini.
Menurut kepercayaan ‘Chhaupadi,’ wanita datang bulan
dianggap pembawa malang kepada masyarakat, oleh itu mereka dilarang minum susu
dan dibenar makan sedikit sahaja dalam tempoh berkenaan.
Ulasan
Catat Ulasan