Jamal Nafi Keluar Kenyataan Sindir Siti Nurhaliza Kurang Subur.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos nafi pernah mengeluarkan kenyataan seksis menyindir penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza kerana masih tidak menimang cahaya mata.

PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos nafi pernah mengeluarkan kenyataan seksis menyindir penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza kerana masih tidak menimang cahaya mata.

Jamal berkata kenyataannya hanya akan dikeluarkan di laman rasmi Facebook dan menambah Siti Nurhaliza berhak membuat komen terhadapnya.

“Kamu tambah-tambah yang Siti Nurhaliza itu apa benda? Bila masa saya buat kenyataan? Mana dia, kiriman WhatsApp (sindiran terhadap Siti Nurhaliza)? Mana dia, ‘print screen’ bagi dekat saya.

“Saya tidak ada. Kamu jangan nak pandai-pandai tambah cerita. Kalau saya keluarkan, di dalam Facebook ada tidak? Saya keluar kenyataan rasmi saya di dalam Facebook saya.

“Kalau dalam ‘group’ WhatsApp kamu nak ambil, itu masalah. Takkan kamu sebagai media yang mempunyai pembaca dan pengunjung yang ramai, kamu nak ambil perkara tidak sahih,” katanya kepada FMT.

Rabu lalu, Jamal berjalan ke bangunan setiausaha kerajaan Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran di sekitar Lembah Klang.

Siti antara mereka yang mengkritik “protes tuala” Jamal. Penyanyi popular itu memuat naik gambar Jamal muncul di pintu pagar utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan hanya bertuala ke Instagram.

Jamal kemudiannya dilaporkan membalas kritikan Siti dengan kenyataan seksis menyindir penyanyi itu masih belum menimang cahaya mata. Tindakan yang dikatakan dilakukan Jamal itu mengundang kecaman orang ramai.

“Siti Nurhaliza nak komen pasal saya, itu terpulang kepada dia. Beliau seorang penyanyi popular dan tersohor di negara kita.

“Saya juga peminat beliau sebelum dan selepas kahwin. Sehingga sekarang saya peminat Siti Nurhaliza. Komen dia terhadap saya mengenai isu masyarakat, rakyat terjejas, kehidupan harian kerana tidak mempunyai air,” kata Jamal.

Jamal berkata dia memohon maaf kepada Siti kalau betul dia melakukannya, tetapi dia tidak pernah membuat kenyataan itu.

“Media pula disarankan memberikan berita yang sahih. Jangan berita tidak sahih kamu nak ambil. Kamu dapatkan sumber daripada mulut, kamu rakam, saya akur. Tetapi kalau kamu nak ambil daripada komen-komen, gurauan dalam group WhatsApp, adakah ini sumber rasmi?

“Jadi saya, tidak pernah keluarkan kenyataan seperti kamu komen. Saya lihat FMT yang keluarkan itu. Yang lain-lain tidak ada. Jadi perkara tidak sahih kenalah pastikan sumber itu kenyataan daripada saya.

“Kalau kenyataan saya, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya. Tetapi kenyataan itu bukan daripada saya. Kamu tanggunglah sendiri. Hari ini saya akan buat kenyataan balas,” katanya.-Free Malaysia Today

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,465,Artis Dalam Negara,106,Artis Luar Negara,50,Berita Menarik,1293,Berita Semasa,1678,Binatang,13,Cabul,11,Curang,20,Dera,19,Gaduh,15,Gambar,30,Islam,128,Kantoi Luar Negara,53,Kecuaian,4,Kejam,79,Kemalangan,25,Kes Bunuh,67,Kes Kantoi,533,Kes Rogol,409,Kesihatan,99,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1419,Makanan,10,Maksiat,18,Marah,7,Movie,5,Movie Trailer,4,Penipuan,4,Perang,6,Politik,245,Politik Dalam Negara,50,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,44,Rogol Dalam Negara,32,Rogol Luar Negara,35,Rompak,5,Rumah Tangga,387,Samseng,6,Samun,5,Sedih,20,Selebriti,8,Seram,8,Sesat,1,Sukan,156,Sukan Dalam Negara,17,Sukan Luar Negara,18,Sumbang Mahram,6,Video,706,Video Dalam Negara,88,Video Kantoi,47,Video Luar Negara,124,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Jamal Nafi Keluar Kenyataan Sindir Siti Nurhaliza Kurang Subur.
Jamal Nafi Keluar Kenyataan Sindir Siti Nurhaliza Kurang Subur.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos nafi pernah mengeluarkan kenyataan seksis menyindir penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza kerana masih tidak menimang cahaya mata.
https://3.bp.blogspot.com/-ouCreBwNI10/WF9oTrt929I/AAAAAAAAWsA/_9QkLQ5Z1q4jexs3wqsm9tjzBY-4qkbPACLcB/s320/pablo01_1482613587.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-ouCreBwNI10/WF9oTrt929I/AAAAAAAAWsA/_9QkLQ5Z1q4jexs3wqsm9tjzBY-4qkbPACLcB/s72-c/pablo01_1482613587.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/12/jamal-nafi-keluar-kenyataan-sindir-siti.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/12/jamal-nafi-keluar-kenyataan-sindir-siti.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy