Kareena Kapoor, Saif Ali Khan Dapat Anak Lelaki

New Delhi – Pasangan Bollywood terkenal, mengumumkan mendapat anak lelaki dalam Twitter, pada Selasa.

Menurut mereka, Taimur Ali Khan Pataudi selamat dilahirkan di sebuah hospital di Mumbai.

Taimur adalah anak pertama bagi Kareena, 36, manakala Saif Ali Khan, 46, sudah mempunyai dua anak, lelaki dan perempuan daripada perkahwinan terdahulu dengan pelakon Bollywood, Amrita Singh.

Pasangan itu adalah daripada keluarga berpengaruh di Bollywood itu. Keluarga Kapoor seperti Randhir, Raj dan Prithviraj adalah pelakon, penerbit dan pengarah terkenal di Bollywood.

Ibu Saif Ali Khan, Sharmila Tagore pula adalah pelakon terkenal era 70-an dan 80-an, manakala bapanya, Mansur Ali Khan Pataudi adalah bekas kapten pasukan kriket India.
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.